Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian pekerjanya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang, lapor Agensi Anadolu.
“Sehingga 15 Feb, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158, termasuk dua kematian terbaharu sejak kemas kini terakhir UNRWA.
“Kini hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Okt,” menurut agensi itu.
UNRWA berkata peningkatan serangan udara di bandar Rafah di selatan Gaza mencetuskan kebimbangan dari segi operasi kemanusiaan di situ.






