ARTIKEL

Jumlah mangsa banjir di beberapa bahagian di Sarawak meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di bahagian Sibu dan Kapit dekat Sarawak kini meningkat kepada 982 mangsa membabitkan 278 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 5 petang tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir telah dibuka.

“Seramai 366 mangsa banjir daripada 123 KIR berlindung di tiga PPS di Sibu.

“PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya menempatkan sebanyak 20 KIR membabitkan 59 mangsa; PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit 70 KIR melibatkan 191 mangsa manakala Dewan Serbaguna Selangau sebanyak 33 KIR dengan 117 mangsa,” katanya.

Sementara itu kata JPBN, seramai 615 mangsa daripada 155 KIR ditempatkan di tiga PPS di Kapit.

Katanya, sebanyak 16 KIR dengan 85 mangsa berlindung di Asrama Belia Kapit; Balai Raya Song sebanyak 103 KIR dengan 374 mangsa dan Dewan Suarah Kapit sebanyak 36 KIR membabitkan 156 mangsa.

Di Sibu, sebuah PPS telah dibuka di Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya yang menempatkan 10 KIR dan melibatkan seramai 43 mangsa tanah runtuh.

Sementara itu, di Miri, sebuah lagi PPS telah dibuka di Dewan Kampung Sukan dengan 11 KIR dan menempatkan 40 mangsa tanah runtuh.

“Dalam pada itu, di Bintulu pula, insiden kebakaran telah berlaku di Gereja St. Benard Rh Lapie, yang menempatkan seramai 27 KIR dan 152 mangsa yang terjejas akibat kejadian tersebut.

“Jumlah keseluruhan KIR di kesemua PPS yang dibuka adalah sebanyak 326 KIR, dengan seramai 1445 orang. Sebanyak 10 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa yang terlibat.

“Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan memberi bantuan yang diperlukan kepada para mangsa yang terjejas,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan