ARTIKEL

JUNG HAE IN terima anugerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON terkenal Korea Selatan, Jung Hae-in, menerima Anugerah Pujian Perdana Menteri sempena Majlis Hari Kewangan ke-10 yang berlangsung di Menara FKI, Yeouido, Seoul, baru-baru ini.

Acara tahunan berprestij itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sektor kewangan serta mengiktiraf individu yang memberikan sumbangan luar biasa kepada masyarakat.

Jung Hae-in dipilih menerima penghargaan tersebut atas usaha kebajikannya yang konsisten dan berterusan sepanjang kerjayanya sebagai selebriti.

Antara sumbangan beliau termasuk membantu kanak-kanak yang menunggu untuk diambil sebagai anak angkat, menyertai pelbagai aktiviti sukarelawan serta menggunakan pengaruh dan bakatnya untuk tujuan amal.

Dedikasi serta semangat kemanusiaan yang ditunjukkan pelakon itu menjadikannya antara fi gura seni yang memberi inspirasi kepada ramai peminat, bukan sahaja di Korea, tetapi di seluruh dunia.

“Anugerah ini amat bermakna kerana saya dapat melakukan perkara baik ini bersama para peminat.

Terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya dalam ucapan penghargaan.

Jung Hae-in turut menambah bahawa beliau akan terus menyebarkan mesej tentang pentingnya memberi dan berkongsi serta berusaha menjadi pengaruh positif dalam masyarakat.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU