ARTIKEL

Jurutera rugi RM27,580 ditipu sindiket seks

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera mengalami kerugian RM27,580 akibat terperdaya dengan sindiket penawaran khidmat seks dalam talian, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 28 tahun itu melayari aplikasi TikTok di kediamannya di Bangsar pada 8.22 pagi sebelum menekan satu pautan yang disambungkan ke aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya ditawarkan pakej dan mula berurusan dengan beberapa ejen menerusi tiga nombor telefon sebelum membuat 22 transaksi ke enam akaun berbeza dengan keseluruhan bayaran berjumlah RM27,580,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata siasatan awal mendapati mangsa turut diancam akan dikenakan caj sekiranya membuat pembatalan tempahan serta ditularkan di media sosial jika enggan mengikut arahan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihati orang ramai agar berhati-hati kerana terdapat beberapa kes melibatkan modus operandi sama. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli