ARTIKEL

Kaamatan, Gawai: Subsidi tiket penerbangan ke S’wak, Sabah bermula Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kerajaan bersetuju melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak atau Sabah, bermula lusa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata,
Bantuan tersebut ekoran sambutan Pesta Kaamatan yang 30 Mei dan Gawai pada 1 Jun.

Harga tiket penerbangan sehala ditawarkan maksimum RM300 atau mengikut tambang sebenar sekiranya kurang daripada harga tersebut.

Tiket yang dijual terbuka kepada semua dan untuk mahasiswa terdapat skim lain yang diumumkan kemudian.

Anggaran kos keseluruhan bagi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan adalah antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta.

Orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang Malaysia Airlines, Batik Air, Air Asia dan MyAirline mulai pukul 12.01 tengah malam, lusa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU