ARTIKEL

Kabinet baharu Thailand rasmi angkat sumpah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Kerajaan gabungan baharu Thailand yang dipimpin Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengangkat sumpah pada Isnin malam selepas mendapat perkenan diraja minggu lepas, lapor Xinhua.

Kabinet yang terdiri daripada 35 anggota itu melafazkan sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu istiadat tradisional yang berlangsung di Istana Dusit di Bangkok.

Anutin bersama tujuh Timbalan Perdana Menteri menghadiri istiadat berkenaan, selain menteri kabinet lain serta timbalan masing-masing.

Perdana Menteri itu kemudiannya mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di kompleks kerajaan. Beliau dijadual membentangkan kenyataan dasar kepada Parlimen dalam beberapa hari lagi, iaitu langkah terakhir sebelum pentadbiran baharu itu boleh memulakan tugas secara rasmi.

Anutin, 59, yang juga pemimpin Parti Bhumjaithai, dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Perdana Menteri negara Asia Tenggara itu selepas menang dalam undian Parlimen pada Mac.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka