Trending

Kabinet setuju sedia pegawai kemahiran pelbagai bahasa di pintu masuk negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, keputusan menafikan kemasukan di pintu masuk negara termasuk lapangan terbang, dipertimbangkan dibuat oleh pegawai kanan Jabatan Imigresen Gred 41 dan ke atas.

Sebelum ini, kuasa membuat keputusan tersebut dipegang oleh pegawai Gred 29.

Bercakap pada sidang akhbar pada Rabu, Saifuddin berkata, kabinet turut bersetuju menyediakan meja bantuan di pintu masuk dengan khidmat pegawai berkemahiran pelbagai bahasa bagi membantu pelancong berdepan masalah komunikasi.

Sementara itu, berkaitan kekecohan di KLIA baru-baru ini juga beliau berkata, mesyuarat kabinet mengambil maklum perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan tatakelola dan insiden terbabit.

Menurut beliau, KDN sedia beri kerjasama kepada SPRM untuk meneruskan siasatan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru