ARTIKEL

Kakitangan MARDI maut disengat lebah ketika ambil madu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) meninggal dunia selepas disengat lebah ketika cuba mengambil madu di ladang agensi itu di Ayer Putih.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, memaklumkan kejadian kira-kira 9.50 pagi itu menimpa Hafizul Mat, 40, pembantu am di MARDI Cawangan Kemaman, Kilometer 18, Jalan Ayer Putih.

Menurut Bernama, rakan sekerja mangsa yang berusia 44 tahun sempat menasihatinya supaya tidak mengambil madu kerana sarang lebah itu terletak pada pokok kering setinggi kira-kira tiga meter, tetapi mangsa berkeras meneruskan hasratnya.

Mangsa meminta rakannya menunggu kira-kira 50 meter dari sarang sebelum memanjat pokok itu dan diserang sekumpulan lebah, lalu turun dan masuk ke lopak air berdekatan.

Selepas keluar dari lopak, mangsa mengadu kaki dan tangannya sakit sebelum rebah tidak sedarkan diri dan kejang, lalu dibawa ke Hospital Kemaman, namun disahkan meninggal dunia pada 6.42 petang.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

Taufan tanpa mendarat

TAUFAN tidak semestinya perlu melanda daratan untuk membawa kemusnahan. Di Taiwan, Taufan Champi membuktikan bahawa ribut yang berada di luar pesisir juga mampu mengancam nyawa,

BERITA TERBARU

Empat pasukan mara ke separuh akhir

LUNDU: Empat pasukan handalan, iaitu Kasuka FC, Bajo Mix FC, Sampadi FC dan Fadzio FT, berjaya mara ke peringkat separuh akhir kempen Liga Lundu 2026.