ARTIKEL

Kampung Masaan penempatan masyarakat Bidayuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JIKA menyebut tentang kampung, perkara pertama muncul di kepala kita ialah suasana yang tenang serta menyenangkan.

Kampung juga menjadi tempat asal usul kita kerana dari kampunglah kita membesar sebelum berhijrah ke bandar demi mencari rezeki atau memilih untuk menetap di bandar.

Lazimnya, perkataan kampung merujuk penempatan masyarakat yang terletak agak jauh dari kawasan bandar dan berdekatan pekan.

Begitulah juga sebuah kampung yang terletak di pekan Siburan dalam daerah Serian ini.

Kampung Masaan merupakan salah satu kampung penempatan masyarakat berbangsa Bidayuh di kawasan Siburan.

Kampung Masaan juga diduduki lebih kurang 460 penduduk dengan 132 keluarga.

Jarak dari Tua Pek Kong Siburan, yang merupakan salah satu laluan dari simpang pekan Siburan, ke Kampung Masaan sekitar 1.5 kilometer.

Manakala, jalan untuk memasuki kampung tersebut lurus sahaja tanpa perlu masuk ke mana-mana persimpangan.

Sepanjang perjalanan ke Kampung Masaan, sangat jelas terlihat Gunung Sentah, iaitu gunung ikonik bagi masyarakat Bidayuh di sana.

Ia juga menjadi tarikan bagi masyarakat setempat dan ada juga pengunjung datang untuk aktiviti pendakian.

Ini kerana Gunung Sentah menjanjikan pemandangan yang cukup indah.

Dikatakan asal usul penduduk Masaan berasal dari gunung tersebut.

Selain dikenali dengan nama Gunung Sentah, penduduk kampung di Siburan juga menggelar gunung tersebut sebagai “Rais” yang bermaksud tempat atau kawasan sinonim dengan kebenaran asal usul mereka.

Dipercayai bahawa asal usul Bidayuh Biatah datang dari atas Gunung Sentah yang kini dikenali sebagai Kampung Sentah.

Penduduk dari Rais turun untuk mencari penempatan baharu yang membolehkan mereka melakukan aktiviti untuk bercucuk tanam seperti penanaman padi.

BATU ASAH

Menurut salah seorang penduduk Kampung Masaan, Gabriel George Teron, nama kampung tersebut diambil sempena batu yang diambil dari sungai yang diberi nama Saan.

“Dahulu kisahnya terdapat sebuah sungai yang terdapat batu dengan nama saan yang merupakan batu untuk mengasah parang atau pisau,” katanya.

Oleh itu, jika dilihat pada sebuah monumen di persimpangan kampung tersebut, terdapat dua bilah parang yang diletakkan di atasnya.

Kampung Masaan juga antara lima kampung yang terdapat di kawasan tersebut, terdiri daripada Kampung Sungai Duuh, Kampung Siga, Kampung Sentah, Kampung Tijirak dan Kampung Sinjok.

Selain itu, Kampung Masaan juga berjiran dengan Kampung Sungai Duuh.

Jika menggunakan jalan lurus, kita akan terus sampai ke Kampung Siga.

Kedua-dua kampung ini hanya dipisahkan dengan simpang jalan berbeza.

Menurut George lagi, Kampung Masaan mula wujud pada 1930, sekitar Perang Dunia Kedua. 

Berdasarkan tahun tersebut, komunis masih menduduki Sarawak. 

PERKAMPUNGAN MASYARAKAT CINA

Kini terdapat juga perkampungan masyarakat Cina di sini.

Di samping itu, terdapat sebuah dewan iaitu Dewan Manggeng yang dapat digunakan oleh masyarakat kampung berdekatan sebagai pusat mengundi ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Manakala, di hadapan dewan tersebut pula terdapat sebuah kawasan lapang yang dikenali sebagai Padang Tar.

Sebelum ini, kawasan lapang tersebut tidak diturap, hanya batu-batu kecil.

Kini setelah diturap, ia menjadi tempat penduduk setempat untuk berniaga pada waktu malam.

Pekan Siburan merupakan salah satu pekan yang terletak di bawah daerah Serian.

Lokasinya lebih kurang 61 kilometer dari bandar raya Kuching dengan jarak perjalanan 50 minit hingga satu jam untuk ke pekan Siburan dan Kampung Masaan.

Sebelum diletakkan di bawah daerah Serian, Siburan dahulunya merupakan salah satu kawasan dalam daerah Kuching.

Hanya pada 2015, ia menjadi salah satu pekan di bawah Serian.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi