ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG… Poster mini karnival sukan rakyat berkenaan.

Kampung Moyan Ulu Lot anjur karnival sukan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sebagai penyeri sambutan Tahun Baharu 2026, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Moyan Ulu Lot, Asajaya akan menganjurkan Karnival Sukan Rakyat 3.0.

Setiausaha JKKK Kampung Moyan Ulu Lot, Zaimie Putit, berkata karnival berkenaan akan berlangsung pada 1 Januari 2026.

Menurut beliau, pelbagai acara sukan rakyat akan dipertandingkan sepanjang sehari penganjuran karnival tersebut.

Antara acara yang disenaraikan ialah pertandingan selipar kaki tiga, rondes, galah panjang, tarik upih, ongko, melastik serta beberapa acara lain.

“Acara sukan tradisional yang disenaraikan itu antara yang dipertandingkan.

“Selain itu, beberapa acara sukan lain turut dipertandingkan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata, Padang Bola Sepak Kampung Moyan Ulu Lot, Asajaya akan dijadikan lokasi penganjuran karnival berkenaan.

Dalam pada itu, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan acara sampingan seperti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya