ARTIKEL

MASIH DICARI… Law Ching Sing dilaporkan hilang dari kawasan sekolah semalam.

Kanak-kanak jagaan JKM dilaporkan hilang di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Kanak-kanak lelaki di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam mengesahkan kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Law Ching Sing, berusia 12 tahun.

Menurutnya, pihak sekolah memaklumkan kejadian itu kepada JKM kira-kira jam 8.40 pagi Selasa selepas mendapati kanak-kanak berkenaan tiada di kawasan sekolah dan sehingga kini belum ditemui.

“Dia sepatutnya hadir ke sekolah bagi proses pendaftaran kemasukan baharu.

Perkara itu turut disahkan pihak guru kepada pegawai JKM yang hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dengan kerjasama pihak polis, pihak sekolah serta komuniti setempat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kanak-kanak berkenaan diminta segera menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Suzy di talian 083-322035 atau 011-1403 7375.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU