ARTIKEL

Kanak-kanak perempuan dua tahun disyaki dikasari pengasuh di taska

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disyaki dikasari pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa, 29, kira-kira 6 petang semalam.

Beliau berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan seterusnya.

Rakaman video yang memaparkan kejadian kanak-kanak terbabit disyaki dikasari pengasuh di taska itu turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat seperti dilapor Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU