ARTIKEL

Kanak-kanak Perempuan Lima Tahun Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam takungan di Program Perumahan Rakyat Taman Nagasari dekat Jitra hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Sebanyak sembilan anggota dari BBP Jitra ke lokasi dan sebaik tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan berkenaan.

“Anggota telah memakai pakaian perlindungan diri untuk turun ke dalam kolam bagi membawa mayat mangsa naik ke tempat selamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.52 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri