ARTIKEL

TANGKAPAN LAYAR… Kanowit catat IPU 212, kualiti udara sangat tidak sihat setakat jam 5 petang.

Kanowit catat IPU 212, tahap sangat tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 212, iaitu pada tahap sangat tidak sihat, setakat jam 5 petang hari ini.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, sebanyak 21 lokasi pemantauan merekodkan bacaan IPU antara 82 hingga 212.

Daripada jumlah itu, 19 lokasi mencatatkan bacaan antara 101 hingga 200, yang dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala Kanowit menjadi satu-satunya lokasi pada tahap sangat tidak sihat.

Antara lokasi yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Serian (197), Lubok Antu (190), Kuching (184), Samarahan (181), Belaga (178), Betong (177), Sri Aman (176), Bintulu (174), Tebedu (173), Sibu (167), Sarikei (165), Samalaju (164), Miri (161), Mukah (160), Lundu (158), ILP Miri (155), Limbang (153), Lawas (136) dan Kapit (120).

Sementara itu, Bario merekodkan bacaan IPU 82, iaitu pada tahap sederhana.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana, manakala bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bacaan antara 201 hingga 300 pula berada pada tahap sangat tidak sihat, manakala 301 hingga 400 dikategorikan sebagai berbahaya.

NREB menjelaskan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU