ARTIKEL

Kapal atas rumah di Aceh Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR Aceh mula terkenal setelah tragedi bencana alam tsunami yang berlaku pada 2004.

Bencana ombak besar itu melanda dan memusnahkan Aceh menjadi padang jarak padang tekukur.

Aceh merupakan kawasan paling terkesan ketika itu dengan mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan binaan.

Setelah 19 tahun kejadian tersebut, Aceh dibina semula dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancongan di Indonesia.

Pada minggu ini, penulis ingin berkongsi lokasi menarik boleh dilawat di Aceh, Indonesia.

GAMPONG LAPULO

Siapa yang pernah melihat kapal atas rumah?

Keunikan itu dimanfaatkan oleh Aceh sebagai tarikan pelancong kesan daripada tsunami.

Kapal tersebut dikatakan hanyut dan mendarat atas sebuah rumah apabila air mulai surut.

Terletak di Kampung Gampong Lapulo, tarikan kapal ini menimbulkan kesedaran dan keinsafan pengunjung sekali gus memberi gambaran dahsyat tsunami 2004 itu.

MUZIUM TSUNAMI ACEH

Muzium Tsunami Aceh merupakan lokasi wajib kunjung di Aceh. Muzium ini menyimpan 1001 kisah dan sejarah bencana meragut ribuan nyawa itu.

Tarikan muzium ini membolehkan pengunjung mengetahui lebih mendalam kisah bencana tersebut dengan pelbagai paparan kisah.

Di sini disediakan sebuah lorong tsunami untuk pengunjung melalui sendiri pengalaman yang berlaku ketika tsunami tersebut.

Bangunan muzium ini direka bentuk seperti ombak dan ia turut dikatakan mampu menahan gegaran gempa bumi. Malah, binaan tersebut dikatakan menjadi tempat perlindungan sekiranya bencana tersebut berlaku lagi.

Ia juga berperanan selaku tempat mendidik orang ramai berkaitan langkah awal yang perlu dilakukan sekiranya berdepan bencana tsunami.

MASJID BAITURRAHMAN

Berita mengejutkan dunia pascatsunami Aceh 2004 ialah sebuah binaan masjid tidak musnah ketika bencana itu berlaku. Masjid Baiturrahman menjadi mercu tanda dan terletak di tengah-tengah kota Aceh.

Menariknya, reka bentuk masjid ini agak mirip dengan reka bentuk salah satu binaan keajaiban dunia iaitu Taj Mahal.

Malah, dikatakan pengunjung berasa sejuk ketika berada masjid tersebut disebabkan oleh kolam air sebagai ciri unik.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil