ARTIKEL

Kapal kargo bawa batu ditahan Maritim Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menahan sebuah kapal kargo yang membawa muatan batu kerikil pada jarak sekitar 2.1 batu nautika tenggara Tanjung PO, 4.40 petang, Isnin.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, aset ronda Maritim Malaysia melaksanakan operasi pemantauan berdekatan perairan tersebut mengesan sebuah kapal kargo yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal kargo berkenaan dikendalikan oleh tujuh kru termasuk nakhoda, dua warga tempatan, empat warganegara India dan seorang warganegara Myanmar berumur lingkungan 19 hingga 53 tahun.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mempamerkan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah ketika diperiksa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,