ARTIKEL

Kapit kehilangan pemimpin berjiwa rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Pemergian mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing hari ini satu kehilangan besar bukan sahaja Sarawak malah kepada penduduk Kapit dan Baleh.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Lidam Assan ketika dihubungi Suara Sarawak berkata, Kapit mengalami banyak perubahan setahun dua yang lalu hasil kerja keras mendiang.

Beliau menzahirkan rasa simpati dan sedihnya kerana mendiang seorang pemimpin berjiwa rakyat yang lantang bersuara sehingga menjadikan Kapit tidak lagi terpencil seperti hari ini.

“Sebagai anak dari Bahagian Kapit, saya turut bersedih dengan pemergiannya.

“Tan Sri banyak berjasa untuk Baleh dan juga sebagai Pengerusi Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA). Mendiang telah merancang untuk melakukan transformasi besar-besaran di Kapit bersama-sama Ahli Parlimen Kapit Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dan wakil rakyat lain di Kapit.

“Kini pasukan itu kehilangan peneraju pembangunan Kapit. Sebagai anak dari Bahagian Kapit, saya amat bersedih,” ujar beliau.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada