ARTIKEL

TERKILAN... Datuk Seri Abdul Karim.

Karim terkilan kenyataan terhadap Pandelela, apabila berjaya disanjung gagal disindir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahir rasa sedih dan terkilan dengan kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low terhadap ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.

Menurut Karim, kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari lepas itu langsung tidak mencerminkan integriti seorang pegawai dalam sebuah badan induk tertinggi sukan.

“Bila saya membaca komen atau kenyataan dikeluarkan oleh Andy Low, saya rasa terkilan. Penghujung komen beliau nampak seperti menyindir Pandelela.

“Katanya apabila gagal macam-macam alasan diberikan.

Itu tidak bagus dan boleh memberi kesan yang kurang baik terutama kepada Pandelela,” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Ujarnya, jika mengambil kira sumbangan dan jasa yang telah diberikan atlet kelahiran Sarawak itu, terhadap dunia sukan negara sebelum ini terbukti melangkaui segalanya.

“Pandelela telah berjaya mencetus fenomena tersendiri dalam dunia sukan terjun, bukan sahaja berjaya meraih pingat di temasya Olimpik bahkan kejohanan dunia lain.

“Justeru, janganlah disebabkan kegagalan untuk layak ke olimpik ekoran penampilan kurang memberangsangkan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini timbul masalah seperti ini,” tambah Karim.

Baca lain  Sukan permotoran Sarawak batalkan tiga program

Sambil mengakui, ia seolah-olah menggambarkan seseorang atlet apabila berjaya disanjung tinggi akan tetapi apabila gagal disindir sedemikian rupa.

BERITA LAIN

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan