MUKAH: Dua kelab handalan dari Kuching, ZZ United dan Segalang FC tidak berdepan masalah memastikan tiga mata mutlak milik mereka.
Berjaya mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing aksi peringkat kumpulan yang berakhir petang tadi.

Pasukan ZZ United membelasah VKS FC (5-0) untuk mengungguli Kumpulan D.
Diikuti kemenangan selesa (4-0) pasukan Segalang FC ke atas Mukah Karen FC yang sekali gus memastikan mereka berada dikedudukan teratas Kumpulan C.
Dalam pada itu, kemenangan tipis KSR Balingian FT ke atas satu lagi kelab dari Kuching, Kaslap FC iaitu perlawanan membabitkan Kumpulan B.
Berbanding kekuatan setara ditampil pasukan VET Madar dan SAZA United dari Kumpulan A.
Kesemua empat perlawanan melibatkan kumpulan berbeza hari ini berlangsung di Padang Mesra MDDM.
Esok (Sabtu) saingan peringkat kumpulan masing terus dilangsungkan pada sebelah pagi.
Manakala, aksi peringkat suku akhir berlangsung pada sebelah petang.






