ARTIKEL

Foto FB Perpustakaan Negara Malaysia

Karnival membaca bulan Oktober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Karnival Baca Perdana diadakan sepanjang Oktober ini bertujuan membentuk masyarakat berpengetahuan tinggi bertaraf dunia serta pembudayaan amalan membaca.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program yang dianjurkan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu akan dirasmikan di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 4 Okt ini.

Dengan tema “Perpaduan Melalui Pembacaan,” karnival ini akan melaksanakan pelbagai program, termasuk Forum Membaca Perdana: Simfoni Perpaduan Melalui Pembacaan, Kempen Kesedaran Derma Buku, dan Podcast Borak Pustakawan.
KPN juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan tanda pagar #PerpaduanMelaluiPembacaan sepanjang Oktober.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk turut serta menjayakan karnival ini.

“Pembacaan juga membantu kita untuk berfikir secara kritis. Dalam dunia yang penuh dengan maklumat, kemampuan untuk menilai dan memahami fakta dengan bijaksana adalah kunci untuk mengelakkan salah faham dan konflik.

“Dengan membaca pelbagai sumber, kita dapat membentuk pandangan yang lebih seimbang dan adil,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu