ARTIKEL

Ivy Tan Link Cheh, MAGGI Business Executive Officer bagi Malaysia dan Singapura (ke-4 dari kiri) bersama Keluarga MAGGI (dari kiri: Nabila Razali, Emily Lim, Chef Naem Ramli, Fiza Shabjahan, Ain Edruce, Aedy Ashraf dan Kamal).

Karnival Saya & MAGGI raikan cita rasa rakyat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: MAGGI menganjurkan Karnival Saya & MAGGI selama empat hari di Raintree Plaza, The Exchange TRX di sini dari 17 hingga 20 September 2026, menghimpunkan rakyat Malaysia menerusi pelbagai hidangan, aktiviti keluarga dan komuniti serta persembahan muzik dalam semangat Hari Malaysia.

Karnival itu merupakan sebahagian daripada kempen seluruh negara Saya & MAGGI Mesra Bersama yang meraikan saat sebenar rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang menerusi filem utamanya, sambil mengajak orang ramai berkongsi momen masing-masing melalui #SayaDanMAGGI.

Sambutan bermula sehari lebih awal pada 16 September dengan acara pratonton bersempena ketibaan peserta Keretapi Sarong di lokasi karnival yang menjadi destinasi akhir mereka.

“Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI, dan setiap momen menjadi lebih bermakna dengan insan yang menjadi sebahagian daripadanya.

Melalui Karnival Saya & MAGGI, kami ingin meraikan saat-saat ini serta insan di sebaliknya, daripada keluarga yang berkongsi hidangan kegemaran hinggalah petani dan usahawan yang menyumbang kepada komuniti makanan tempatan,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh.

“MAGGI berkembang bersama rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi.

Karnival ini memberi kami peluang untuk meraikan hubungan yang terjalin sekian lama, menikmati cita rasa kegemaran dan mencipta kenangan baharu bersama,” tambah beliau.

Sepanjang karnival, keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan rakan komuniti hadir bersama personaliti terkenal termasuk Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim.

Persembahan DOLLA dan Ruffedge turut menghangatkan pentas, disusuli Datuk Ziana Zain dan Misha Omar yang mengakhiri sambutan karnival tersebut.

Di ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI, usahawan makanan tempatan menyajikan pelbagai hidangan berlandaskan empat tema iaitu Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI, Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI, Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI serta Kenali Potensi Diri: Program MAGGI Wanita Cukup Berani.

Antara yang mengambil bahagian ialah Ida Faizura Megat Muhaiyadin atau lebih dikenali sebagai Jua daripada Jua’s Cook and Bake, naib juara MAGGI Wanita Cukup Berani Musim Ketiga, yang memperkenalkan hidangan ciptaannya.

Menerusi program berkenaan, wanita boleh mendaftar secara percuma untuk mengikuti empat modul latihan dalam talian merangkumi keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan.

Pengunjung turut berpeluang mengenali 12 rempah ratus di sebalik cita rasa MAGGI Kari menerusi segmen Kari Kegemaran Malaysia, selain hasil tanaman tempatan dan komuniti petani melalui Dari Ladang ke Hidangan Keluarga, serta idea penyediaan hidangan seimbang di Dapur MAGGI Saya.

MAGGI diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969 dan sejak itu menjadi sebahagian daripada resipi keluarga serta masakan harian, di samping bekerjasama rapat dengan petani dan komuniti tempatan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web www.maggi.my.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,