KUCHING: Cuti umum pada 25 Disember ini sempena perayaan Hari Krismas turut dimanfaat sepenuhya oleh kebanyakan pihak menerusi penganjuran pelbagai program.
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Moyan Ulu Lot, Asajaya tidak terkecuai apabila turut menganjurkan Karnival Sukan Rakyat 2.0.
Setiausaha Karnival, Zaimie Putit memberitahu, karnival sukan terbabit berlangsung pada tarikh tersebut (25 Disember) bertempat di padang bola sepak Kampung Moyan Ulu, Asajaya.
Menurut Zaimie, pelbagai acara sukan dianjur untuk pengisian program sehari itu. Antaranya, ongko, selipar kaki tiga, rondes, galah panjang dan tarik upih.
“Kita menganjur karnival berkenaan pada tarikh yang ditetapkan itu.
“Ia merupakan pengisan program bagi penduduk kampung sempena cuti umum (Hari Krismas),” ujar Zaimie kepada Arena Suara Sarawak.






