ARTIKEL

Kasihnya Papa Zola

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABANG dah tengok Papa Zola?” soal seorang mekanik kepada penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan di tepi jalan raya.

Ketika menonton video ini di Facebook, saya bertanya sendiri.

Soalan jenis apa ini?

“Pernah,” jawab penghantar makanan tadi

. Mendengar jawapan ini, mekanik tadi memberitahu, “Jadi, abang tak payah bayar.”

Menangis abang Grab itu.

“Anggap ini rezeki abang.

Saya pun dulu pernah macam ni.

Dah ada orang imfak, saya cuma tunai amanah orang,” jelas mekanik tadi.

Teringat dengan filem Papa Zola The Movie, baru saya perasan watak utama dalam filem ini — Papa Zola juga bekerja sambilan sebagai penghantar makanan yang penuh dengan kepayahan.

Ini penangan filem Papa Zola The Movie walaupun ia cuma filem animasi

. Watak Papa Zola pernah hadir dalam filem animasi BoboiBoy.

Papa Zola pernah dipanggil sebagai Cikgu Papa dan Kapten Papa dalam BoBoiBoy.

Sempena cuti umum 1 Januari lalu, ketika berjalan-jalan bersamasama anak-anak, dalam diam mereka beli tiket filem Papa Zola The Movie di pawagam.

Saya ikut sahaja. Dapat juga melerai tekanan diri.

Kami lewat masuk, kira-kira lima minit. Kami duduk di barisan kelima dari depan.

Saya terfikir, mungkin tersalah pilih kerusi sebab ada banyak lagi kerusi belum terisi di belakang.

Rupa-rupanya ramai juga yang terlewat.

Tamat filem ini, ketika menoleh ke bahagian belakang, ruparupanya kerusi yang kosong tadi terisi.

Pelbagai bangsa menonton filem ini.

Masing-masing bertepuk tangan dengan filem Papa Zola ini.

Ada juga yang menitiskan air mata.

Saya juga beberapa kali menyeka air mata di hujung mata.

Dalam keadaan pawagam yang gelap, jadi tidak kelihatan sangat.

Anak-anak juga terdiam menyaksikan filem ini, terutama kepayahan seorang bapa yang berusaha untuk memastikan anaknya kekal bahagia.

“Saya rasa Papa Zola mengajar kita untuk menghargai ayah kita dan segala yang dilakukannya.

Dia bekerja sangat keras supaya kita dapat makan, membayar bil rumah.

“Dia bahkan membesarkan anaknya sendiri walaupun dia sangat penat. Dia masih bermain dengan anak-anaknya supaya mereka gembira,” komen seorang netizen di media sosial.

Komen seorang lagi netizen, “Saya cuba tak nak keluarga saya nampak, saya menangis pada bahagian awal”.

Menjengah di TikTok, ada juga komen lain setelah menonton filem ini yang memberi kesan mendalam kepada dirinya.

“Ini saya, sebelum menonton Papa Zola The Movie.

Saya menangis teresak-esak lagi-lagi pada bahagian awal apabila dia membuat penghantaran kecilnya.

“Tak sangka saya akan menangis ketika menonton filem kanak-kanak.

Kisahnya sangat menyentuh hati,” kata warga maya itu.

Banyak juga video lain yang memaparkan kanak-kanak menangis ketika menyaksikan filem ini.

Ada yang seperti teresak-esak dan perlu dipujuk oleh ibu bapa.

Paling indah, ada kanak-kanak yang memeluk erat bapa mereka.

Ketika di luar pawagam, ada kanak-kanak berlari-lari ke arah bapa. Ramai-ramai memeluk bapa, termasuk ibu.

Mungkin tanda terima kasih.

Dalam filem ini, Papa Zola ialah seorang pengusaha bas sekolah.

Pada masa yang sama, dia turut bekerja sebagai penghantar makanan sambil menunggu buku yang ditulis terjual.

Namun, tiada yang membuat tempahan.

Ketika menghantar makanan, dia kemalangan.

Semua makanan yang perlu dihantar rosak, begitu juga motosikalnya.

Duit yang dikumpul siang dan malam untuk membawa anaknya Pipi pergi bercuti habis digunakan untuk membayar ganti rugi.

Dia melihat dompet yang kosong (tiada wang), namun kekal ceria dan gembira di depan anaknya.

Dia terus bekerja untuk mengumpul wang dengan hasrat untuk membawa anaknya bercuti. Inilah pengorbanan seorang bapa.

Dia akan melakukan apa-apa sahaja demi anaknya walaupun dia terpaksa makan di tepi jalan.

Jika lapar, cukup dialas dengan air kosong.

Yang penting anak dan isterinya tidak kelaparan.

Dalam usaha menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, kadangkadang si bapa mudah juga tertipu. Begitu juga dengan Papa Zola.

Ajakan rakan lama pergi bercuti, dia terima sebab itu keinginan anaknya walaupun sekadar bercuti di dalam negara

. Rupa-rupanya kawan lama tadi menipunya sebab dia inginkan “kuasa” yang ada pada Papa Zola yang sebelum ini seorang perwira penjaga bumi daripada makhluk asing.

Dia tidak kisah ditipu. Itu tidak menyebabkannya marah.

Tetapi apabila melibatkan keselamatan anaknya, dia menahan segala kesakitan demi menyelamatkan anaknya.

Kasih sayang terhadap anaknya menyebabkan rakan seperjuangan dia tidak mahu mengajak Papa Zola kembali bertugas.

Lagi pun, dia tidak ingat dengan kisah lampau termasuk tiada gambar perkahwinan sebagai kenangan.

Cerita ini sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Walaupun filem kanak-kanak, ia juga sesuai ditonton oleh orang dewasa.

Kenangan selepas menonton filem ini yang mahal sebenarnya.

Menerima pelukan daripada anakanak.

Indahnya. Filem seperti ini wajar diteruskan.

Masukkan sebanyak mungkin pengajaran dan nilai-nilai murni.

Bayangkan filem ini hanya kisah seorang bapa yang menjaga anaknya, tetapi mampu mencecah kutipan tiket hampir RM60 juta.

Di luar sana, sebenarnya ramai Papa Zola yang bergelar bapa, ayah, abi, daddy, apai, baba dan banyak lagi.

Mereka bekerja demi keluarga. Walaupun letih, tetap tersenyum dan melayan anakanak. Di fikirannya hanya anak.

Dalam doanya juga ada anakanak. Dia rela jadi ‘hamba’ anakanak yang inginkan kebahagian. Apa istimewanya filem ini?

Jangan terpengaruh dengan kenangan yang dikongsikan di media sosial.

Sebelum sekolah bermula Isnin depan, masih ada ruang untuk membawa anak-anak ke pawagam.

Biar anak-anak faham tanggungjawab seorang bapa, walaupun hanya diceritakan oleh watak kartun.

Yang penting, mesej itu sampai ke hati. Ini bukan omong kosong.

Tonton dulu, baru tahu nilai filem kartun ini

BERITA LAIN

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

Dapur rumah di awan biru

PETANG Ahad, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching menggunakan pesawat milik kita rakyat Sarawak — AirBorneo. Selama ini, saya banyak menyunting pengalaman rakyat Sarawak

BERITA TERBARU