ARTIKEL

Kredit : Kastam KLIA

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Kokain RM1.05 Juta Di KLIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis kokain seberat lebih 5 kilogram dengan anggaran nilai RM1.05 juta di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Mac lepas.

Penanggung Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr. Ahmad Taufik Sulaiman, berkata seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun yang baru tiba di negara ini pada kira-kira 7 malam, menaiki penerbangan antarabangsa dari negara Timur Afrika, turut ditahan.

“Wanita ini ditahan untuk pemeriksaan selepas imej imbasan ke atas beg miliknya menunjukkan objek dan imej yang mencurigakan, disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bagasi wanita tersebut, pihak berkuasa menemukan 16 bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi serbuk putih yang disyaki dadah jenis kokain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Ahmad Taufik berkata siasatan awal mendapati dadah tersebut cuba diseludup masuk untuk tujuan pengedaran dalam negara.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan kokain dalam ruang rahsia beg kraf tangan dan dijahit rapat bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya sambil menambah wanita tersebut telah dituduh di mahkamah.

Katannya kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan