ARTIKEL

INOVASI…Abang Johari memandu uji katamaran berkuasa hidrogen yang menggunakan sel bahan api hidrogen dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) pada Majlis Perasmian CENTEXS Dalat, hari ini.

Katamaran Puteri Dalat cekap, mesra alam dan senyap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Inovasi tenaga hijau kini diperkenalkan dalam sektor maritim di Sarawak apabila Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) melancarkan katamaran berkuasa hidrogen yang menggunakan sel bahan api hidrogen dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).

Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, katamaran Puteri Dalat sepanjang lima meter ini menjadikan perjalanan lebih cekap, mesra alam, senyap dan mampu menempuh jarak yang jauh.

Beliau berkata, ia boleh menukarkan hidrogen kepada elektrik dengan air sebagai hasil sampingan.

“Pemprosesan hidrogen bagi projek ini telah dijalankan di Testbed Tenaga Hijau Kuching melalui kerjasama CENTEXS, Solarvest dan Huawei sejak dua tahun lalu.

Kini, teknologi tersebut diperluas ke Dalat untuk pembangunan industri bot, khususnya katamaran,’’ katanya pada Majlis Perasmian CENTEXS Dalat yang disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

INOVASI…Abang Johari memandu uji katamaran berkuasa hidrogen yang menggunakan sel bahan api hidrogen dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) pada Majlis Perasmian CENTEXS Dalat, hari ini.

Morhsidi menambah, hidrogen merupakan inisiatif tenaga yang efisien kerana ia boleh dimampat sehingga 300 bar.

Proses pemampatan ini katanya, membolehkan jarak perjalanan lebih jauh seperti dengan tambahan silinder, jarak boleh mencapai sehingga 1,000 km, berbanding kenderaan elektrik (EV) sekitar 500 km dan kenderaan petrol hanya sekitar 200 km sebelum perlu diisi semula.

“Gas yang dimampat mampu menyimpan lebih banyak tenaga, sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh petrol. Ringkasnya, semakin tinggi tahap kemampatan, semakin banyak tenaga dapat disimpan.

Katamaran ini dibina menggunakan gabungan teknologi tenaga hidrogen hijau dan komposit Glass Fibre Reinforced Polymer (GFRP), menghasilkan struktur yang ringan dan tahan lasak.

Ia mampu membawa dua penumpang, beroperasi lebih 10 jam dengan kelajuan 15 km/j. Projek ini bukan sahaja bersih, senyap dan lestari, tetapi juga berfungsi sebagai platform pendidikan serta pemangkin penerapan tenaga hijau dalam sektor maritim,’’ katanya.

Dalam pada itu kata Morshidi, tapak uji exoskeleton robot pula merupakan peranti boleh pakai yang dipasang pada anggota badan, termasuk pinggang dan lutut bagi menyokong serta meningkatkan pergerakan, pemulihan fizikal, memperbaiki mobiliti serta mengurangkan risiko kecederaan.

Inovasi ini katanya, bukan sahaja menekankan penjagaan warga emas, tetapi turut memperkasa individu untuk hidup lebih sihat, aktif dan berdikari.

Tujuan testbed di CENTEXS adalah untuk mereka bentuk modul latihan berdasarkan projek-projek yang telah berjaya dikaji dan diuji. Testbed ini bukan bertujuan menjadi pengeluar atau pembekal projek, sebaliknya tetap berperanan sebagai institusi latihan yang menyokong pertumbuhan industri-industri berkaitan,’’ katanya.

Pada majlis berkenaan, Premier turut menyaksikan demonstrasi tapak uji katamaran tersebut selain pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara CENTEXS dan beberapa pihak, antaranya: Huawei, Gamuda Technologies, dan Universiti Taylor.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU