ARTIKEL

Kawan boleh, saya juga boleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANUGERAH Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 antara anugerah yang dinanti-nantikan oleh wartawan yang berhempas pulas menyiapkan artikel khas mahupun eksklusif untuk bacaan dan tontonan orang ramai.

Begitu juga dengan saya sendiri yang merupakan wartawan setahun jagung yang turut serta dalam menghantar artikel tersebut.

Malam tadi, saya antara beberapa rakan media dari syarikat media yang lain turut menerima anugerah berprestij tersebut atas keringat dan usaha yang dicurahkan selama ini.

Sejak Suara Sarawak menemui pembaca pada 1 Mac 2019, akhbar ini telah menang lebih 80 anugerah dan yang terkini, sebanyak 31 anugerah pada tahun lalu dan mungkin telah mencecah 100 anugerah pada malam semalam.

Kemenangan ini begitu besar maknanya bagi saya sendiri kerana ia membuktikan usaha selama ini dalam menghasilkan bahan berita yang menarik adalah berbaloi selain membawa pulang habuan yang ditawarkan dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Pada awalnya saya begitu sangsi untuk menyertai KJA ketika masih bergelar wartawan kadet di Suara Sarawak apabila disarankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Jeniri Amir.

Ia kerana saya tidak begitu yakin dengan penulisan saya sendiri kerana ia dinilai oleh juri yang profesional, apatah lagi dibaca khalayak ramai, baik menteri sehingga rakyat marhaen.

Selain itu, rasa tidak yakin dapat bersaing dengan wartawan lain yang 1,000 kali handal dan berpengalaman membuatkan saya sendiri enggan untuk ikut serta. Segalanya berubah apabila akhbar kami memenangi Anugerah Ketua Menteri pada 2021 dan Anugerah Premier Sarawak pada tahun lalu. 

Sejak itu, saya tersentak dan terfikir bahawa jika kawankawan yang lain boleh, saya juga boleh menghasilkan karya yang menarik untuk dipertandingkan. 

Ekoran itu, ia menjadi pencetus semangat kepada saya untuk berusaha menghasilkan karya yang menarik untuk bacaan orang ramai berbanding niat asal untuk menyertai KJA. 

Pun begitu, segala kejayaan yang dinikmati bermula di bilik berita itu sendiri iaitu bimbingan dan dorongan abang, kakak pengarang di bilik berita. Tanpa bimbingan, tunjuk ajar serta idea yang dikongsikan oleh mereka, mana mungkin saya serta beberapa rakan wartawan yang lain mampu naik ke pentas untuk menerima anugerah. 

Begitu juga rakan-rakan yang lain di bilik berita yang membantu menghasilkan grafik yang menarik di setiap halaman akhbar yang menjadi pelengkap kepada berita yang kami tulis.

Memenangi KJA ini pada pengamatan saya sebagai mengangkat status wartawan muda yang membuktikan mereka mempunyai kemahiran dan amat berdedikasi dalam karya mereka. 

Memenangi anugerah tersebut bukan sahaja meningkatkan reputasi profesional mereka malah membuka peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam industri media. 

Ia berfungsi sebagai bukti yang kuat terhadap kerja mereka, menjadikannya lebih menarik kepada majikan, rakan sekerja dan khalayak ramai.

Selain itu, pengiktirafan itu boleh memberi inspirasi kepada keyakinan terhadap kebolehan mereka dan menggalakkan sumbangan selanjutnya kepada bidang tersebut.

Bagi wartawan muda termasuk saya sendiri yang masih banyak perlu belajar untuk terus menghasilkan karya yang menarik dan berinformasi untuk para pembaca mahupun penonton.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli