ARTIKEL

Ahmad Johnie Zawawi

Kawasan pilihan raya baharu dekatkan perkhidmatan kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Mewujudkan kawasan pilihan raya baharu di Sarawak mampu memperkukuh perwakilan rakyat serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang mempunyai keluasan geografi dan jumlah penduduk tinggi.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, cadangan itu wajar dan tepat pada masanya dengan mengambil kira keluasan Sarawak, peningkatan jumlah pengundi serta kewujudan penempatan baharu.

Katanya, perkembangan berkenaan memerlukan struktur perwakilan yang lebih sesuai bagi memastikan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat diberi perhatian sewajarnya.

“Saya menyambut baik cadangan mewujudkan kawasan pilihan raya baharu di Sarawak kerana ia selari dengan keadaan semasa, khususnya pertambahan jumlah pengundi dan kewujudan penempatan baharu.

“Keadaan geografi Sarawak yang luas juga memerlukan sistem perwakilan yang mampu memberi tumpuan lebih dekat kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Johnie berkata, pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan meningkatkan jumlah wakil rakyat, sekali gus membolehkan perancangan pembangunan dan sosioekonomi dilaksanakan dengan lebih tersusun mengikut keperluan setiap kawasan.

Pengurusan serta penyaluran peruntukan juga dapat dipercepatkan, terutama bagi menangani keperluan mendesak di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Ahmad Johnie berharap cadangan penambahan kawasan pilihan raya baharu dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kepentingan rakyat.

Katanya, mewujudkan kawasan baharu bukan semata-mata berkaitan pertambahan jumlah wakil rakyat, sebaliknya usaha memperkukuh perwakilan dan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

Menyentuh cadangan pertukaran nama beberapa kawasan Parlimen dan DUN, beliau berkata, perkara itu wajar mengambil kira identiti, warisan sejarah dan latar belakang masyarakat setempat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik