ARTIKEL

Foto FB: Prabowo Subianto

Keadilan PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UCAPAN sulung Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Sidang Umum PBB ke-80 di New York, baru-baru ini menjadi momen penting dalam arah diplomasi Jakarta. Bagi pemimpin baharu, pentas PBB bukan sekadar ruang memperkenalkan diri, tetapi gelanggang membentuk imej negara di mata dunia.

Dalam pidato tersebut, Prabowo menggunakan bahasa Inggeris — memadukan idealisme moral dengan sinikal tajam kepada struktur kuasa global yang selama ini mengekalkan ketidakseimbangan.

Tidak berakhir di situ, “kerana faktor bahasa Inggerisnya”, maka Prabowo banyak disorot dan dijemput media antarabangsa seterusnya untuk membahas lanjut isu global.

Prabowo merujuk Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 — bahawa semua manusia dilahirkan setara, memiliki hak hidup, kebebasan dan peluang mengejar kebahagiaan.

Retoriknya sederhana, memberi isyarat bahawa Indonesia ingin berdiri di pihak nilai sejagat. Prabowo memilih memposisikan dirinya sebagai jurubicara bagi “manusia biasa” yang sering terhimpit oleh politik kuasa besar.

Bahagian paling mendapat perhatian ialah dukungan tegas ke atas solusi dua negara dalam konflik IsraelPalestin. Prabowo menegaskan dunia “tidak boleh diam” ketika rakyat Palestin terus dinafikan hak politik dan kemanusiaan mereka.

Namun, beliau juga menekankan bahawa keamanan pihak lain turut perlu dijamin. 

DOKTRIN

Pendekatan ini mengimbangi idealisme dengan realisme dengan Indonesia konsisten membela keadilan dan keamanan sejagat.

Salah satu pengajaran adalah ketika Prabowo menolak tegas doktrin real politik klasik: negara kuat akan berbuat sesuka hati, negara lemah menanggung akibat. PBB, menurut beliau, seharusnya menolak prinsip tersebut dan patut menjadi benteng keadilan sejati.

Pernyataan ini menjadi sindiran langsung kepada hakikat bahawa kuasa veto di Majlis Keselamatan sering menjadikan PBB lumpuh menghadapi pelanggaran serius oleh negara berpengaruh.

Daripada invasi hingga kepada pelanggaran hak asasi, rekod menunjukkan negara kuat kerap lolos daripada pertanggungjawaban.

Dengan retorik itu, Prabowo menyentuh denyut kegelisahan banyak negara membangun yang merasakan PBB semakin jauh daripada aspirasi asalnya.

Walaupun pidatonya tidak menyebut nama negara secara langsung, pendengar faham akan sasaran kritiknya merujuk negara yang kerap memanipulasi sistem antarabangsa.

Prabowo ingin menyampaikan bahawa legitimasi moral dunia tidak boleh terus ditentukan oleh segelintir negara dengan hak istimewa.

Menariknya, Prabowo tetap mengungkapkan sokongan ke atas PBB sebagai institusi penting dunia.

Beliau tidak menolak PBB, malah menegaskan harapan agar badan itu benar-benar berfungsi melindungi yang lemah. Ucapan Prabowo memperkukuh citra Indonesia sebagai jurubicara negara selatan dunia.

Dengan populasi Muslim terbesar di dunia, ekonomi penting di Asia Tenggara, Jakarta sememangnya memiliki modal politik untuk bersuara.

Prabowo menggunakan modal itu untuk menegaskan bahawa dunia memerlukan tataan lebih adil, bukan sekadar permainan kuasa.

Kedudukan pada urutan ketiga selepas Presiden Brazil dan Presiden AS, memberi simbolisme tambahan kepada beliau: Indonesia dilihat sebagai negara berkembang yang suara dan sikapnya relevan dalam debat global.

AGENDA

Namun idealisme di podium PBB tidak mudah diterjemah di lapangan.

Pertama, reformasi PBB, terutama Majlis Keselamatan, merupakan agenda yang berlarutan puluhan tahun. Negara veto tiada inisiatif mengurangkan kuasa mereka. 

Kedua, Indonesia sendiri berdepan dilema: bagaimana konsisten mengkritik hegemoni kuasa besar, tetapi pada masa sama memerlukan kerjasama ekonomi, pertahanan, dan pelaburan daripada kuasa yang sama.

Selain itu, kredibiliti moral juga menjadi taruhan.

Jika Indonesia mahu terus mengangkat bendera keadilan global, maka konsistensi dalam isu hak asasi domestik, kebebasan politik dan penyelesaian konflik dalaman perlu sejalan.

Dari perspektif komunikasi politik, ucapan Prabowo memikat kerana tiga sebab.

Pertama, gaya retorika moral yang jarang digunakan pemimpin baharu. Kedua, keberanian menyentuh paradoks PBB secara terus terang. Ketiga, usaha menyeimbangkan idealisme dan realisme dalam isu Palestin.

PERSEPSI

Prabowo mungkin sedar pidato sulung ini akan menjadi bingkai persepsi awal dunia terhadapnya.

Dengan memilih isu keadilan dan keamanan sejagat, beliau ingin meninggalkan kesan bahawa Indonesia bukan sekadar pemain serantau, tetapi aktor global yang mahu menata dunia lebih adil.

Pidato Prabowo di PBB merangkumi gabungan moralitas, kritik dan strategi simbolik.

Ia menonjolkan aspirasi Indonesia untuk tampil sebagai suara selatan global, pembela Palestin, dan pengingat bahawa PBB tidak boleh terus terbelenggu oleh dominasi kuasa besar.

Walaupun jalan ke arah pembaharuan global penuh liku, ucapan ini menegaskan arah dan gaya diplomasi Prabowo; lantang, berprinsip, tetapi tetap membuka ruang dialog.

Dunia menunggu adakah katakata itu dapat diterjemah menjadi dasar konsisten.

Buat masa ini, Prabowo berjaya menjadikan pentas PBB sebagai ruang perbahasan: bahawa Indonesia mahu berdiri di sisi keadilan sejagat, bukan sekadar menonton dari tepi gelanggang.

Dengan menekankan  kesetaraan, keadilan, serta kritik terhadap dominasi kuasa besar, ucapan sulung Prabowo menghantar mesej bahawa Indonesia mahu tampil sebagai aktor global yang berprinsip.

BERITA LAIN

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

ART pelaburan jangka panjang

BAGI penduduk bandar raya Kuching dan kawasan sekitarnya, perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, menghadiri urusan pejabat atau pulang ke rumah yang memakan masa

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,