ARTIKEL

Hanifah turut memeriahkan Kaul Seraheng Kakan dengan menaiki bot menelusuri Sungai Tellian, pagi tadi.

Keaslian Kaul Seraheng Kakan terus dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Keaslian ritual Kaul Seraheng Kakan terus menjadi keutamaan masyarakat Melanau di Mukah dan warisan tradisi itu akan dipelihara tanpa dipengaruhi oleh arus pemodenan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, walaupun terdapat usaha penambahbaikan bagi memperkasa Kaul, elemen tradisi dan adat resam tetap menjadi asas utama dalam pelaksanaannya.

“Sebarang cadangan pembangunan atau penambahbaikan infrastruktur di kawasan ritual Kaul Seraheng Kakan ini juga akan dilaksanakan dengan berhati-hati.

“Ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan keaslian ritual yang menjadi identiti masyarakat Melanau sejak turun-temurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Kaul Seraheng Kakan di Tapak Kaul Tugek, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah turut memberitahu bahawa terdapat perancangan untuk memperluaskan potensi kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancongan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pendekatan tersebut akan dilaksanakan secara berhemah dengan mengambil kira faktor semasa termasuk keadaan geopolitik dan kos operasi.

Di samping itu, Hanifah turut memberitahu, perkembangan sektor penerbangan dijangka memberi impak positif kepada industri pelancongan negeri, khususnya dengan cadangan penggunaan bahan api penerbangan mampan pada masa akan datang.

“Inisiaitif ini dapat memastikan perkhidmatan penerbangan lebih lestari dan mudah diakses, khususnya bagi laluan domestik.

“Selain itu, dengan adanya penerbangan AirBorneo, ia dijangka mampu menambah laluan penerbangan jarak jauh serta meningkatkan akses ke Mukah sebagai destinasi pelancongan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hanifah menegaskan bahawa aspek tradisi diberi keutamaan agar nilai budaya yang diwarisi tidak terhakis.

Tambahnya, setiap elemen budaya yang kita miliki akan terus dikekalkan agar ia tidak hilang ditelan zaman.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai