ARTIKEL

Gambar hiasan

Kebakaran hutan Amazon susut 80 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIO DE JANEIRO: Keluasan hutan yang terbakar di Amazon pada 2025 susut ke paras terendah dalam tempoh 40 tahun, dengan kira-kira 3.1 juta hektar kawasan terjejas, iaitu penurunan sekitar 80 peratus berbanding 2024.

Di seluruh Brazil, keluasan kawasan terbakar turut menurun kepada 12.7 juta hektar, jauh lebih rendah berbanding lebih 30 juta hektar yang direkodkan pada tahun sebelumnya dan menjadi paras terendah sejak 2018.

MapBiomas turut melaporkan keluasan kawasan diliputi air di Amazon meningkat kepada kira-kira 2.6 peratus melebihi purata jangka panjang selepas dua tahun dilanda kemarau, hasil taburan hujan yang lebih tinggi seperti dilapor Bernama.

Bagaimanapun, penyelidik memberi amaran bahawa perubahan iklim, perubahan guna tanah dan kejadian cuaca ekstrem yang semakin kerap terus menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan jangka panjang Amazon.

Menurut MapBiomas, hampir separuh kawasan terbakar sepanjang empat dekad lalu berlaku di tanah luar bandar milik persendirian, manakala kebakaran di Brazil boleh berpunca daripada faktor semula jadi atau aktiviti manusia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami