ARTIKEL

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman susulan di lokasi kejadian.

Kebakaran musnahkan rumah dua tingkat di Kampung Lichok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARlKEI: Sebuah rumah dua tingkat struktur tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Roban–Sarikei, Kampung Lichok, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.33 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi.

“Jarak ke lokasi kejadian adalah kira-kira 35 kilometer.

Jentera LFRT tiba pada jam 6.08 petang,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata operasi pemadaman bermula sebaik tiba di lokasi dengan menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula berbekalkan air tangki pam jentera.

“Api berjaya dikawal pada jam 6.12 petang dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 malam,” jelasnya.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih