ARTIKEL

Kebakaran Saluran Gas: Jas akan jalankan pemantauan kualiti udara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemantauan kualiti udara akan dijalankan susulan kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor pagi tadi.


Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata JAS Selangor sudah menghantar pasukan awal ke lokasi berkenaan bagi membuat penilaian awal.


“Orang ramai juga dinasihatkan menjauhi kawasan berdekatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata perkembangan lanjut juga akan dimaklumkan menerusi kenyataan media selepas ini setelah segala maklumat berkaitan diperoleh.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.


Beliau berkata kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api marak menjulang tinggi dan operasi pemindahan penduduk turut dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan