ARTIKEL

Datuk Hussein Omar Khan | Bernama

Kebakaran saluran gas: Sukarelawan perlu daftar untuk sertai gotong-royong mega — Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sukarelawan yang mahu menyertai program gotong-royong mega membersihkan kawasan terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pada Sabtu dan Ahad ini perlu mendaftarkan diri di laman sesawang Majlis Sukan Negeri Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan akses ke kawasan berkenaan adalah terhad dan dikawal anggota polis dan hanya mereka yang berdaftar dengan Sukarelawan Selangor (Serve) dibenarkan masuk.

Beliau berkata kerja pembersihan hanya dijalankan di persekitaran rumah dan kawasan disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor serta Jabatan Kerja Raya.

“Sebab itu kita mahu semua daftar bagi memastikan individu terlibat hanya pergi ke kawasan selamat.

Majlis Bandaraya Subang Jaya akan ketuai program dan selaraskannya,” katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 1,000 sukarelawan dijangka terlibat dalam proses pembersihan dan gotong-royong di kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights hujung minggu ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata orang awam masih belum dibenarkan memasuki ‘ground zero’ susulan kerja-kerja menstabilkan tanah sedang dijalankan sebelum siasatan forensik dijalankan.

Beliau berkata kawasan itu telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan orang awam tidak dibenarkan memasukinya bagi memudahkan urusan keluar masuk jentera dan pasukan penyiasat.

Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. — Bernama

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan