BUKU Keizinan Pesakit: Menurut Undangundang Perubatan yang ditulis oleh Tengku Noor Azira Tengku Zainudin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah karya penting dalam mengupas isu keizinan pesakit dalam konteks undangundang perubatan khususnya di Malaysia.
Isu keizinan pesakit bukan sahaja berkaitan dengan etika perubatan, tetapi juga melibatkan hak asasi pesakit untuk membuat keputusan mengenai rawatan perubatan yang akan diterima.
Menerusi 414 muka surat, penulis berjaya menyusun buku secara sistematik dengan membincangkan aspek penting seperti defi nisi keizinan, jenis-jenis keizinan, kepentingan keizinan dalam konteks perubatan serta akibat daripada kegagalan mendapatkan keizinan pesakit.
Dalam bab awal, penulis memperincikan konsep keizinan dalam konteks perubatan, merangkumi aspek undang-undang yang berkaitan.
Penekanan diberikan kepada prinsip informed consent yang bermaksud pesakit perlu diberi maklumat yang mencukupi mengenai risiko, manfaat dan alternatif rawatan sebelum membuat keputusan.
Selain itu, penulis turut menyoroti kepentingan keizinan pesakit dalam mengelakkan konfl ik perundangan yang mungkin timbul akibat daripada kegagalan mendapatkan keizinan yang sah.
Dalam kes tertentu, pesakit mungkin tidak dapat memberikan keizinan secara langsung sekiranya pesakit tidak sedarkan diri atau kanak-kanak.
Dalam situasi sebegini, penulis menjelaskan peranan penjaga atau waris dalam memberikan keizinan bagi pihak pesakit.
Buku ini turut membincangkan prosedur undang-undang yang perlu diikuti oleh pengamal perubatan bagi mendapatkan keizinan yang sah.
Salah satu kekuatan buku ini ialah penggunaan kajian kes sebenar untuk mengukuhkan pemahaman pembaca.
Sebagai contoh, penulis merujuk kepada beberapa kes undang-undang yang melibatkan keizinan pesakit di Malaysia, yang dapat membantu pembaca memahami bagaimana prinsip undang-undang diaplikasikan dalam situasi praktikal.
Melalui pendekatan tersebut, pembaca dapat melihat kesan daripada kegagalan mendapatkan keizinan yang sah daripada pesakit dan cara mahkamah mengendalikan kes sedemikian.
Kajian kes ini bukan sahaja memberi gambaran jelas tentang situasi yang berlaku, malah membuka mata pembaca terhadap pentingnya prosedur keizinan dipatuhi secara teliti.
Penulis juga mengupas peranan pengamal perubatan dalam memastikan pesakit diberi maklumat yang jelas, lengkap dan difahami sepenuhnya sebelum sesuatu prosedur dijalankan.
Selain itu, isu keizinan bagi pesakit yang tidak kompeten, kanak-kanak dan pesakit mental turut dibincangkan secara mendalam.
Hal ini menunjukkan bahawa penulis mengambil pendekatan yang komprehensif dalam menerangkan konsep keizinan pesakit dalam konteks yang lebih luas.
Penulis juga menyentuh tentang pesakit yang berdepan dengan masalah bahasa atau komunikasi, serta bagaimana pengamal perubatan dapat memastikan maklumat disampaikan dengan berkesan.
Dari segi gaya penulisan, bahasa yang digunakan adalah formal dan akademik, sesuai dengan tema buku yang bersifat ilmiah.
Bagaimanapun, terdapat usaha untuk menjadikan kandungan lebih mudah difahami melalui penggunaan contoh dan ilustrasi kes.
Buku ini bukan sahaja bermanfaat kepada pengamal perubatan dan pelajar undang-undang, tetapi juga kepada orang awam yang ingin memahami hak-hak mereka sebagai pesakit.
Bagi pelajar undangundang dan perubatan, buku ini dapat dijadikan rujukan penting untuk memahami aspek perundangan berkaitan keizinan pesakit.
Selain aspek perundangan, buku ini turut menekankan aspek etika dalam pemberian keizinan.
Penulis menekankan bahawa pengamal perubatan bukan sahaja perlu memastikan pesakit faham tentang risiko dan manfaat rawatan, tetapi juga harus bersikap jujur, telus dan tidak memaksa pesakit untuk membuat keputusan tertentu.
Elemen ini penting bagi memastikan hak pesakit dihormati tanpa mengira latar belakang sosial, agama atau ekonomi.
Tambahan pula, buku ini turut membincangkan Judul buku: Keizinan Pesakit Menurut Undang-undang Perubatan Penulis: Tengku Noor Azira Tengku Zainudin Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun terbit: 2023 Jumlah muka surat: 414 Harga: RM60.00 1 Rabiulawal 1447H Keizinan pesakit penting peranan teknologi dalam proses mendapatkan keizinan. Dalam era digital masa kini, penggunaan borang keizinan elektronik semakin meluas.
Penulis mengetengahkan kelebihan dan cabaran penggunaan teknologi tersebut, terutamanya dalam memastikan maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan difahami sepenuhnya oleh pesakit.
Secara keseluruhannya, buku Keizinan Pesakit: Menurut Undang-undang Perubatan berjaya menyampaikan mesej penting tentang hak pesakit untuk memberi atau menolak keizinan bagi rawatan perubatan.
Ia juga menyerlahkan peranan pengamal perubatan dalam menghormati hak pesakit dan kepentingan mematuhi prosedur undangundang yang ditetapkan.
Buku ini wajar dijadikan rujukan bagi mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, undang-undang dan kesihatan awam.
Sesungguhnya, kepentingan keizinan pesakit sebagai hak asasi manusia serta peranan pengamal perubatan dalam memastikan hak ini dihormati menjadi tema utama yang dipaparkan dengan jelas oleh penulis dalam bukunya.



