MIRI: PBT II Henry Jugah, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, turut menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru 2025.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada pegawai bomba, KMKK Kawasan bawah jagaan BBP Lutong, serta rakan media atas sokongan berterusan terhadap balai tersebut.
“BBP Lutong telah mencatatkan beberapa kejayaan sepanjang tahun lalu melalui pelaksanaan pelbagai program untuk masyarakat setempat,” ujar beliau.
Antara program tersebut termasuk ceramah keselamatan, demonstrasi kebakaran, latihan fire drill, dan Pertandingan Bomba Komuniti DUN Senadin.
Selain itu, mereka turut melaksanakan Kempen SURI, yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kebakaran khususnya dalam kalangan suri rumah.
Henry turut menekankan hubungan erat yang dibina dengan syarikat seperti Petronas Cari Gali, Petros, dan Lembaga Pelabuhan Miri.
Ujar beliau lagi, BBP Lutong juga bekerjasama dengan institusi pendidikan seperti Universiti Curtin Malaysia dan Sarawak Skill Lutong dalam menganjurkan kursus serta aktiviti berkaitan keselamatan kebakaran.
Walaupun masih baharu, BBP Lutong berjaya menarik perhatian pemimpin masyarakat, termasuk Datuk Seri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, dan Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak.
Sebagai langkah memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat, Henry merancang untuk menganjurkan Hari Terbuka Balai Bomba Lutong pada tahun akan datang.
Tema dicadangakn ialah “Rumah Kedua Kami” dan “Balai Dalam Taman.”
Akhir sekali beliau melahirkan rasa bangga atas pencapaian yang dicapai dan berharap dapat terus mempererat hubungan dengan komuniti.
Selamat Tahun Baru 2025!



