ARTIKEL

Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal

Kelantan Kenal Pasti PPS, Perkukuh Persiapan Hadapi Banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan telah mengenal pasti lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) di setiap jajahan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata mesyuarat persediaan banjir telah diadakan pada peringkat negeri dan jajahan, manakala satu lagi mesyuarat dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana itu.

Beliau berkata November dan Disember lazimnya tempoh banjir paling teruk di Kelantan, justeru kerajaan negeri berharap keadaan banjir tahun ini tidak terlalu serius.

“Dari segi persiapan banjir, sebagaimana tahun-tahun lepas, kita telah bersedia. Insya-Allah, kita berharap banjir tahun ini tidak terlalu besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2026 peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dijadualkan menghadiri mesyuarat pengurusan bencana pada peringkat Persekutuan yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan sebagai sebahagian daripada penyelarasan menghadapi musim banjir.

Mengulas mengenai kawasan yang dijangka berisiko dilanda banjir, Tengku Mohamed Faziharudean berkata Pasir Mas dijangka terus berdepan risiko itu selagi projek tebatan banjir Sungai Golok belum siap. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU