ARTIKEL

Foto X plusline1800880000

Kemalangan lori kontena sebabkan sesak tujuh kilometer di Terowong Menora

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 256 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar, menyebabkan aliran trafik sesak sejauh lebih tujuh kilometer.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di akaun X rasmi @plustrafik memaklumkan kemalangan yang berlaku pada jam 7.56 pagi itu menghalang semua lorong arah utara, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik.

“Kerja-kerja pengalihan lori kontena sedang dijalankan di KM256.8 arah utara antara laluan Terowong Menora dan Kuala Kangsar.

“Semua lorong masih terhalang. Laluan kontra diaktifkan dari KM255.8 hingga KM257.3 arah selatan, manakala pusingan U serta exit mandatori telah dinyahaktifkan,” menurut hantaran itu setakat jam 11.30 pagi.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan pengawal trafik serta papan tanda di lokasi, selain mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan