ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Kemampanan alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK bercita-cita menjadi negeri maju menjelang 2030 dan bertujuan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan pendekatan yang bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber asli dan penyepaduan pelan penyesuaian iklim dan mitigasi.

Pada 22 Julai 2021, Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030) dilancarkan dengan objektif untuk memakmurkan negeri dan rakyat. Ia juga menggariskan usaha melindungi alam sekitar untuk pembangunan mampan dan memastikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk generasi kini dan akan datang.

Isu pemanasan global atau perubahan iklim adalah cabaran global. 

Ia khususnya gas rumah hijau (GHG), dengan karbon dioksida telah meningkat secara berterusan sepanjang abad yang lalu akibat aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil untuk perindustrian dan pelepasan asap daripada kenderaan. 

Pemanasan global membawa kepada cuaca lebih liar dan paras laut naik. Menangani perubahan iklim memerlukan kerjasama segera di peringkat global, termasuk tindakan yang diselaraskan, platform dasar kerjasama dan piawaian bersama. 

Di bawah Perjanjian Paris 2015, negara bersetuju untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 2 darjah celcius, dan sebaiknya hadkannya kepada 1.5 darjah celcius.

Pada November 2021, Malaysia bersama lebih 190 negara menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 (COP26) di Glasgow. 

Sidang kemuncak COP26 membawa semua pihak bersama-sama untuk mempercepatkan tindakan ke arah matlamat Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim. Semasa COP26, Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030 daripada tahap 2005 dan mencapai sifar bersih menjelang 2050.

Selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan GHG dan wawasan PCDS 2030 negeri, di bawah RMK-12 Kerajaan Sarawak akan menjalankan kajian mengenai Blueprint Dasar Perubahan Iklim Sarawak dan Masyarakat Rendah Karbon di Bandar dan Bandaraya Sarawak (Kuching, Miri, Sibu and Bintulu). Antara output yang dijangkakan daripada kajian berkenaan adalah garis dasar bagi GHG mengikut sektor pengangkutan, perindustrian, pertanian dan perubahan guna tanah dan sisa.

Selain itu dasar negeri mengenai GHG, pelan tindakan untuk mengurangkan dan menyesuaikan kesan daripada perubahan iklim serta pelan tindakan masyarakat rendah karbon yang dirumuskan untuk bandar dan bandar raya.

Tumpuan global kini juga tertumpu kepada pembangunan mampan. 

Justeru, pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Sarawak juga menekankan kepada pemeliharaan alam sekitar dan kekayaan biodiversiti negeri ini.

Pembangunan mampan diusahakan supaya kita semua mempunyai masa depan yang lebih baik merangkumi persekitaran yang lebih bersih, tahap pembangunan ekonomi yang mampan tanpa sisa dan pencemaran yang berlebihan, serta perlindungan sumber asli dan biodiversiti. Pengeluaran yang lebih bersih adalah cara untuk mencapai perlindungan alam sekitar dan memanfaatkan ekonomi.

Di peringkat Sarawak, kerajaan telah lama mengiktiraf isu-isu alam sekitar dan meletakkan strategi yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan pembangunan tidak menjejaskan alam sekitar serta sumber diurus secara mampan.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sedia ada akan memastikan industri dan kilang mematuhi piawaian alam sekitar kebangsaan, manakala semua pembangunan berasaskan sumber mestilah mematuhi Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri 1993.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan