ARTIKEL

Sagah pada Majlis Pengerami Gawai I-Cats Segulai Sejalai 2025 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti I-Cats, di sini, hari ini.

Kematian pelajar wanita di Cyberjaya membimbangkan – Roland Sagah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, menzahirkan kebimbangan susulan insiden kematian seorang pelajar wanita Sarawak di Cyberjaya yang kini disiasat sebagai kes bunuh.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum menerima laporan penuh mengenai kejadian itu.

“Saya belum baca (kes berkenaan), oleh itu saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Untuk mana-mana pelajar atau orang awam, kita semua harus sentiasa berwaspada, di mana sahaja berada. Hal seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengerami Gawai I-Cats Segulai Sejalai 2025 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti I-Cats, di sini, hari ini.

Selasa lalu, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi berusia 20 tahun ditemui maut di asrama kediamannya di Mutiara Ville.

Polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala akibat hentakan objek tumpul.

Namun tiada kesan pecah masuk ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU