ARTIKEL

Aksi cemerlang Ling Ching ketika menentang pemain dari Indonesia (TVS - Awang Azmil)

Kemenangan anak Miri tidak mampu bantu Malaysia ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEKNIK yang baik dan disiplin tinggi pemain badminton perseorangan wanita Malaysia berasal dari Miri, Wong Ling Ching, menciptakan kemenangan buat kem Malaysia menentang pasukan Indonesia.

Pemain berusia 22 tahun itu mencatat keputusan cemerlang 22-20, 15-21, 21-16 dalam pertembungan sengit menentang Gregoria Mariska Tunjung dalam acara berpasukan wanita Sukan SEA.

Bagaimanapun, kemenangannya tidak mencukupi untuk mengubah nasib pasukan apabila Malaysia tewas tipis 3-2 kepada Indonesia, sekali gus menamatkan harapan untuk mara ke final.

Menurut Wong, beliau sendiri tidak menjangka untuk menang kerana bertemu lawan yang memiliki pengalaman luas termasuk penyertaan edisi keempat Sukan SEA.

“Saya tahu dia seorang pemain yang mahir dan berpengalaman, jadi saya hanya fokus mengejar setiap hantaran dan memberikan yang terbaik untuk pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Semangat juang dan ketabahan Wong mendapat pujian para penyokong serta pegawai pasukan sekali gus menyerlahkan potensi besar yang dibawanya dalam arena badminton negara.

Walaupun skuad wanita gagal mara ke pentas akhir, persembahan mereka sepanjang kejohanan menunjukkan kesungguhan dan potensi untuk terus berkembang.

Sukan SEA terus menjadi pentas penting bagi bakat baharu seperti Wong Ling Ching mengumpul pengalaman dan pengiktirafan di peringkat serantau.

Wong dijadualkan beraksi dalam acara perseorangan pada 10 Disember ini.

BERITA LAIN

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam. Beraksi di hadapan

BERITA TERBARU