ARTIKEL

Kementerian Komunikasi, polis bekerjasama banteras isu siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras pelbagai isu siber, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ini termasuk aktiviti penipuan, judi dalam talian, pengantunan seksual dan buli siber.

“Saya menghargai kolaborasi yang cukup baik antara PDRM, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah, dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam isu ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya hari ini.

Hantaran tersebut turut memaparkan pertemuan Fahmi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta delegasi.

Fahmi berkata, media sosial boleh memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung terhadap sesetengah pengguna, sehinggakan ada yang mengalami tekanan hidup dan kemurungan melampau.

“Kita semua mempunyai peranan yang perlu dimainkan untuk memastikan landskap digital lebih selamat,” katanya.
– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya