ARTIKEL

Bernama

Kementerian Luar Palestin sambut baik draf resolusi Unesco mengenai Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kementerian Luar Palestin menyambut baik penerimaan draf resolusi yang dikemukakan oleh negara Arab berhubung situasi di Palestin dan Gaza pada sesi ke-42 Persidangan Agung Unesco.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menekankan kepentingan resolusi bertajuk “Impact and consequences of the current situation in the Gaza Strip/ Palestine in all aspects of UNESCO’s mandate,” lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu menyeru agar menghentikan segera serangan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan golongan pendidik.

Resolusi berkenaan turut menggesa agar serangan ke atas sekolah, kolej dan universiti dihentikan serta-merta.

Ia juga menggesa kecaman terhadap pembunuhan berterusan wartawan dan kemusnahan pusat media, tapak warisan, muzium dan pusat kebudayaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU