ARTIKEL

Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri DBKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAJLIS Rumah Terbuka Aidilfi tri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diadakan dengan jayanya bermula pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, baru-baru ini.

Orang ramai pelbagai lapisan masyarakat turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfi tri DBKU.

Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara DBKU dengan warga Kuching serta berkongsi kegembiraan sempena sambutan Aidilfi tri dengan menyediakan pelbagai hidangan hari raya.

Majlis ini juga mencerminkan komitmen DBKU dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat dan mempromosikan nilai-nilai perpaduan.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Hilmy Othman, serta Pengarah DBKU Ramzi Abdillah turut hadir. 

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU