ARTIKEL

Kemudahan sukan terbaik untuk rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Inisiatif kerajaan menaik taraf Kompleks Sukan Kampung Seberang di sini, tidak sekadar menyediakan prasarana untuk bersukan, sebaliknya menjadikan kemudahan itu antara yang terbaik di bahagian ini.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, sejajar dengan matlamat itu, kerajaan akan membina stadium mini di dalam kompleks berkenaan tidak lama lagi.

Katanya, projek yang menelan belanja RM988,680 itu bakal menyediakan kemudahan asas dan fizikal, di samping menghidupkan lagi tapak berkenaan dengan pelbagai aktiviti termasuk sosioekonomi.

“Kalau kita lihat dari segi bahan dan reka bentuknya, saya boleh anggap kemudahan baharu ini sebagai moden untuk kawasan kita ini.

“Yang penting ialah kemudahan ini nanti boleh digunakan mengikut matlamatnya,” katanya selepas menyaksikan majlis serah tapak projek daripada Majlis Daerah Sarikei kepada kontraktor Litomidas Sdn Bhd, di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Adun Kuala Rajang berkata, stadium mini itu bukan sahaja mempunyai tempat berbumbung dengan kapasiti 200 orang tetapi juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik persalinan dan tandas.

Menurutnya perancangan membangunkan kompleks sukan itu bermula sejak lapan tahun lalu.

“Hasil daripada kesungguhan kerajaan untuk menyediakan kemudahan sukan terbaik kepada rakyat, hari ini kemudahan ini boleh digunakan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

“Pasar malam dan pasar minggu juga boleh dibuka di sini. Kelab Gudi Sarikei (KEGUSA) misalnya boleh menerbangkan layang-layang mereka di tapak ini. Begitu juga dengan penganjuran aktiviti-aktiviti sihat yang lain.

“Justeru, memang banyaklah kawasan di Sarikei ini terutama di seberang ini yang boleh kita bangunkan untuk keselesaan rakyat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)