ARTIKEL

Tingkap Gelangsar praktikal dan moden menjadi pilihan ideal bagi ruang terhad tanpa mengorbankan fungsi.

Kenali jenis tingkap rumah

AMBYRHYNA JAMBING Pelatih UiTM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bayangkan sebuah rumah yang sentiasa terasa bahang panas walaupun penyaman udara dipasang atau ruang tamu yang kelihatan suram walaupun cahaya matahari bersinar terang di luar.

Masalahnya mungkin bukan berpunca daripada peralatan atau reka bentuk dalaman.

Hakikatnya, terdapat satu elemen penting yang sering diabaikan, iaitu tingkap yang bukan sekadar ruang untuk melihat pemandangan di luar.

Sebaliknya, tingkap merupakan nadi kepada pencahayaan, pengudaraan dan keselesaan sesebuah kediaman.

Pemilihan tingkap yang tepat mampu mengubah suasana rumah secara menyeluruh, manakala pilihan yang kurang sesuai boleh mengundang pelbagai masalah.

Bagi memudahkan anda membuat pilihan, berikut lima jenis tingkap yang boleh dipertimbangkan.

Tingkap Casement

Dibuka ke luar seperti pintu, tingkap ini membolehkan aliran udara maksimum masuk ke dalam rumah. Tingkap ini sesuai untuk ruang yang memerlukan pengudaraan yang baik seperti ruang tamu dan bilik tidur.

Tingkap Gelangsar

Tingkap gelangsar merupakan pilihan popular untuk rumah moden kerana reka bentuknya yang ringkas dan tidak memakan ruang. Mudah digunakan, tingkap ini juga sesuai untuk ruang yang terhad.

Tingkap Awning

Dibuka ke atas, tingkap ini sesuai digunakan walaupun ketika hujan. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk dapur atau bilik air yang memerlukan pengudaraan secara berterusan.

Tingkap Tetap

Tingkap tetap tidak boleh dibuka, tetapi sangat berkesan untuk memaksimumkan pencahayaan semula jadi dan menampilkan pemandangan luar. Tingkap ini sesuai untuk rumah yang ingin mengetengahkan elemen estetik moden.

Tingkap Louvre (Berjalur)

Direka dengan kepingan kaca atau bilah yang boleh dilaraskan, tingkap ini membolehkan kawalan aliran udara yang lebih fleksibel. Ia sangat sesuai digunakan di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.

Pemilihan jenis tingkap yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselesaan penghuni, malah membantu mewujudkan kediaman yang lebih terang, sejuk dan menarik. 

Oleh itu, pertimbangkan keperluan ruang serta fungsi setiap jenis tingkap sebelum membuat keputusan agar kediaman anda lebih praktikal dan selesa untuk didiami.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi