ARTIKEL

Ketiga-tiga maskot ini memainkan peranan penting memastikan bandar raya Kuching sentiasa bersih, lestari, hijau dan bebas pencemaran

Kenali maskot DBKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkenalkan tiga maskot utama yang menjadi ikon dalam usaha mendidik masyarakat tentang kebersihan, kitar semula dan kelestarian alam sekitar di bandar raya Kuching.

Maskot pertama, Oyen, merupakan maskot kebersihan DBKU yang sentiasa mengingatkan warga bandar raya agar menjaga kebersihan persekitaran, membuang sampah di tempat yang betul serta memelihara keindahan bandar.

Sementara itu, Captain Recycle berperanan sebagai maskot kitar semula DBKU yang bertanggungjawab mendidik masyarakat tentang pengurusan sisa pepejal dan amalan kitar semula.

Maskot ini giat menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan warga Kuching melalui pelbagai program di sekolah dan komuniti serta kempen pengurangan penggunaan plastik.

Usaha ini juga mencerminkan komitmen DBKU ke arah mewujudkan bandar raya yang lebih lestari dan mesra alam.

Maskot ketiga, Mat Mop pula berfungsi sebagai ikon kebersihan DBKU yang mempromosikan penjagaan kebersihan bandar serta menjadi antara wajah utama kempen kesedaran di sekolah, komuniti dan tempat awam, yang juga aktif dalam aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan, di samping mendidik masyarakat tentang kepentingan kebersihan bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Ketiga-tiga maskot ini memainkan peranan penting memastikan bandar raya Kuching sentiasa bersih, lestari, hijau dan bebas pencemaran melalui pendekatan pendidikan, kesedaran serta pelibatan komuniti.

DBKU menggesa orang ramai agar bersama-sama menjadikan bandar raya Kuching sebuah bandar raya yang cantik, bersih, selamat, pintar dan lestari.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU