ARTIKEL

Kendali mesin judi dalam talian, lelaki warga asing didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki warga asing masing-masing dijatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam mengendalikan mesin judi dalam talian.

Tertuduh Tommy, 31, dan Joni Iskandar, 23 masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang bersidang sebagai Majistret Kelas Satu, Sandy Yvette Freddy.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tommy didakwa mengendalikan mesin judi menggunakan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai di Lorong Ban Hock, kira-kira jam 12.05 tengah hari, 17 Mei lalu.

Manakala, Joni didakwa mengendalikan mesin judi menggunakan telefon pintar di hadapan sebuah gerai ayam goreng, di Tabuan Jaya, kira-kira jam 1.15 petang, 16 Mei lalu.

Menurut fakta kes, dalam kejadian berasingan pada tarikh yang berbeza, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat serbuan sempena Op Dadu di sekitar Kuching.

Hasil serbuan pada 16 Mei lalu, berjaya menangkap Joni di hadapan sebuah gerai ayam goreng kerana disyaki mengendalikan mesin judi.

Satu telefon pintar jenama Oppo dan wang tunai berjumlah RM154 turut dirampas daripada tertuduh. 

Manakala, serbuan pada 17 Mei lepas, tangkapan terhadap Tommy dilakukan di sebuah kedai di Galacity kerana mengendalikan mesin judi menggunakan telefon pintar jenama Oppo dan wang tunai berjumlah RM90 turut dirampas.

Hasil siasatan kes mendapati kedua-dua mereka menjalankan aktiviti tambah nilai permainan judi dalam talian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih