HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat tiga lelaki warga asing yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Luit, Kuala Kubu Baharu, diteruskan pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar, memaklumkan pencarian tertumpu di kawasan Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.
Beliau menjelaskan operasi di permukaan air tidak dihentikan malam tadi, manakala pasukan penyelam mula bertugas seawal 7 pagi.
Selain bot, pencarian turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
Setakat 8 pagi ini, mangsa yang belum ditemukan ialah seorang warga Yaman dan dua warga India, manakala lima mangsa lain yang ditemukan sudah lemas dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat seperti dilapor Bernama.






