Kerajaan membelanjakan RM6 bilion untuk projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kerajaan tidak pilihan, melainkan mengambil alih projek bawah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) itu.
Kementerian Kewangan (MOF) menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) mengambil alih BNS menjadi anak syarikat MOF.
Projek LCS akan dipantau Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Mindef.