ARTIKEL

Kerajaan baharu sah dan berperlembagaan, kata Muhyiddin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet kerajaan baharu dengan menegaskan ia adalah sah dan berperlembagaan.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini, perdana menteri berkata ia merupakan kerajaan yang mewakili semua rakyat  dan akan berkhidmat dengan baik.

“Kerajaan ini mewakili semua bangsa. Kami akan berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia dan kami akan bersikap adil kepada semua rakyat,”  katanya.

Muhyiddin berkata beliau turut mengingatkan kesemua 31 menteri yang hadir pada mesyuarat Perikatan Nasional itu tentang komitmen kerajaan untuk memerangi dan menghapuskan rasuah.

Sebagai sebahagian daripada komitmen itu, jemaah menteri diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka, dan Muhyiddin menetapkan tempoh sebulan untuk mereka berbuat demikian.

Beliau turut menegaskan kepada menteri berkenaan akan komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat, ambil perhatian kehendak rakyat dan sedar tentang apa yang perlu dilakukan segera.

“Terdapat keperluan mendesak untuk mencari penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi rakyat,” kata Muhyiddin.

Barisan menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati  di sini, semalam.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan